Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 27 Ramadhan 1430H... tinggal lagi beberapa hari untuk umat Islam meraikan hari yang penuh kebesaran, Hari Raya Aidilfitri... Suasana di dalam kampus sudah semakin lengang... sudah ramai kakitangan dan para pelajar yang pulang bercuti... semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing...

Begitu juga dengan opismateku yang telah pulang ke kampung halaman kelmarin.. Insya Allah, kami sekeluarga akan pulang ke kampung pada keesokan hari... selepas menyiapkan apa yang perlu sebelum pulang berhari raya...

Sebenarnya, dah lama hajat di hati utk mempunyai blog sendiri... sebelum ni, mmg hobi di masa lapang membaca blog kawan-kawan, walaupun kekdg tu.. tak kenal pun siapa empunya blog... tp dah mmg hobi punya pasal...

Sebelum mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang beragaman islam dan maaf zahir dan batin....

No comments:

Post a Comment